Laman Web MPSepang Berwajah Baharu

Hasil tinjauan kami sebentar tadi di laman web Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), kami teruja kerana laman web tersebut kelihatan baru dan segar, sesuai dengan keadaan masyarakat yang kini semakin bijak dalam mendapatkan maklumat daripada internet. Sehubungan dengan itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) wajar mengemas kini laman web mereka sejajar dengan kehendak rakyat.

Namun begitu, hasil ujian kami menggunakan telefon pintar, kami mendapati laman web berkenaan tidak mesra peranti mudah alih (mobile devices). Oleh itu, kami ingin mencadangkan kepada pihak MPSepang untuk menambah baik laman web mereka supaya sesuai untuk dilawati oleh pengguna peranti mudah alih.

Bagi yang ingin melihat laman web baharu MPSepang, sila lawati laman web berkenaan sekarang di alamat http://www.mpsepang.gov.my/.

iOS 11.3 Beta Sedia Dimuat Turun

Berita baik untuk para pengguna peranti Apple sekalian. Kini, iOS 11.3 Public Beta (terbitan beta umum) terbitan pertama sudah sedia untuk dimuat turun.

Walau bagaimanapun, anda perlu menyertai program public beta ini bagi membolehkan peranti anda dimuatkan dengan perisian public beta daripada Apple.

Berbeza dengan perisian iOS biasa, iOS public beta mengandungi ciri-ciri terbaru yang dibangunkan oleh Apple namun belum bersedia untuk digunakan secara meluas oleh masyarakat umum.

Penggunaan perisian public beta adalah atas risiko anda sendiri dan Apple tidak akan bertanggungjawab sekiranya peranti anda rosak atau gagal berfungsi sebahagian atau sepenuhnya.