iPad 2018: Satu Kemungkinan Atau Kepastian

Secara lazimnya, Apple akan melancarkan iPad baharu pada bulan Mac setiap tahun. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan trend Apple sejak beberapa tahun lepas, iaitu melancarkan model terbaru iPad pada musim bunga setiap tahun. Oleh itu, untuk tahun 2018, seperti biasa, Apple pastinya akan melancarkan model iPad 2018 terbarunya nanti.

Apple Store Fifth Avenue, New York (Ogos 2010)
Apple Store Fifth Avenue, New York (Ogos 2010)

Bagi model biasa iPad, model terbaharu yang dilancarkan oleh Apple ialah iPad (2017), yang dilancarkan pada 21 Mac 2017.

Untuk model iPad Pro pula, model terbaharu yang dilancarkan oleh Apple ialah iPad Pro (2017), yang dilancarkan oleh Apple pada 5 Jun 2017.

Penantian iPad model terbaharu 2018

Walaupun iPad Pro baharu sahaja dilancarkan, iPad (2017) sudah hampir setahun sejak tarikh pelancarannya. Oleh itu, besar kemungkinan Apple akan melancarkan model iPad terbaharu pada tahun 2018, sekitar bulan Mac.

Antara tanda-tanda model iPad terbaharu akan dilancarkan ialah Apple akan mengedarkan jemputan bagi menghadiri acaranya (Apple Event). Seperti banyak lagi acara Apple yang lain, biasanya jemputan ke Apple Event tidak akan disertakan maklumat lanjut dan menyebabkan orang ramai akan tertanya-tanya apakah agenda Apple Event tersebut.

Pada penghujung Februari lepas, beberapa laman web telah melaporkan bahawa  beberapa model iPad dijual pada harga promosi. Dalam sebuah artikel daripada Macworld, Costco dilaporkan menjual iPad 2017 9.7 inci pada harga USD $299.99, USD $129 lebih rendah berbanding harga asal yang dijual oleh Apple. Manakala peruncit elektronik terkenal di Amerika Syarikat, Best Buy juga turut menawarkan promosi iPad pada harga diskaun iaitu USD $ 369.99.

Promosi-promosi yang giat dijalankan oleh pengedar sah iPad di Amerika Syarikat seakan-akan memberi petanda bahawa mereka ingin menghabiskan stok iPad masing-masing lalu menjualnya pada harga promosi.

Pihak kami belum lagi memiliki sebarang berita bahawa Apple akan melancarkan model iPad terbaharunya pada bulan Mac 2018. Sekiranya ada sebarang perkembangan terbaru, BijakApple pasti akan berkongsi berita dengan pembaca-pembaca kami nanti.

Dikemas kini pada

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.