[ MacOS High Sierra Update ] Kemas Kini Keselamatan 2018-001

Pada 24 April 2018, Apple telah melancarkan update (kemas kini) terbaru bagi sistem operasi MacOS High Sierra. Update ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan sistem operasi MacOS tersebut. Bahagian sistem operasi yang terlibat dalam kemas kini ini ialah Crash Reporter dan LinkPresentation.

Macbook Air 2011
Macbook Air 2011

Para pengguna MacOS High Sierra boleh memuat turun update ini secara percuma melalui bahagian Update di Apple Mac App Store.

MacOS High Sierra ialah sebuah sistem operasi yang dibangunkan oleh Apple untuk digunakan dalam komputer-komputernya. Contoh komputer yang menggunakan MacOS High Sierra ialah Macbook, Macbook Pro, iMac dan juga Mac Pro.

Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kemas kini terbaharu daripada Apple ini.

Reviu: Restoran PKS Maju, Serdang

Restoran PKS Maju ialah sebuah restoran mamak yang terletak di Serdang, Selangor.

Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan. Antara lauk-pauk yang menarik ialah kari kambing dan juga ayam varuval.

Untuk menu gorengan pula, restoran ini menyajikan Nasi Lemak Goreng. Nasi Lemak Goreng ialah menu unik di PKS Maju kerana menu ini tidak disajikan di kebanyakan restoran mamak yang lain. Perbezaan Nasi Lemak Goreng berbanding nasi lemak biasa ialah Nasi Lemak Goreng ialah adunan ramuan biasa nasi lemak (nasi lemak, sambal, ikan bilis, kacang) yang digoreng bersama berserta kicap, bawang dan juga telur.

Restoran PKS Maju - Nasi Lemak Goreng 2018-01-20
Restoran PKS Maju – Nasi Lemak Goreng 2018-01-20

Rasa Nasi Lemak Goreng ini pula seperti nasi goreng biasa, cuma nasinya terasa lebih berlemak dan bersambal.

Microsoft Office 2016 Untuk MacOS Versi 16.12.0 Sedia Dimuat Turun

Pada 11 April 2018, Microsoft telah melancarkan kemas kini terbaru bagi perisian Microsoft Office di platform MacOS. Kini, versi terbaharu bagi Microsoft Office di MacOS ialah Versi 16.12.0 (18041000).

Para pengguna Office 365 boleh memuat turun update ini secara percuma melalui menu Help -> Check for Updates di mana-mana perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint dan Outlook).

Aplikasi Microsoft Office yang terlibat ialah Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint, Microsoft Outlook dan Microsoft OneNote.

Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kemas kini terbaharu Microsoft Office ini.

Microsoft AutoUpdate for Mac Versi 3.18.0 Sedia Dimuat Turun

Pada 11 April 2018, Microsoft telah melancarkan Microsoft AutoUpdate versi 3.18.0 (18041000) untuk para pengguna Microsoft Office 365 MacOS.

Para pengguna Office 365 boleh memuat turun kemas kini (update) ini secara percuma melalui menu Help -> Check for Updates di mana-mana perisian Microsoft Office for Mac (Word, Excel, Powerpoint dan Outlook).

Untuk maklumat lanjut berkenaan kemas kini ini, sila ke pautan Microsoft di sini: https://go.microsoft.com/fwlink/?LinkID=831049

Apa itu Microsoft AutoUpdate?

Microsoft AutoUpdate ialah perisian kecil dari Microsoft yang berfungsi untuk mendapatkan kemas kini (update) yang terbaru bagi produk Microsoft Office for Mac secara automatik. Dengan menggunakan Microsoft AutoUpdate, anda boleh memuat turun kemas kini dengan mudah dan selamat dari sumber Microsoft yang asli (genuine).