Apple iPad

iPad: Pengguna Atau Penghasil Media?

Sewaktu mula-mula diperkenalkan, beberapa ciri dalam iPad diketengahkan oleh pihak Apple. Antaranya ialah jangka hayat bateri yang lama dan juga sifat mudah alih yang dimilikinya.

Jangka hayat bateri yang lebih lama membolehkan iPad digunakan secara berterusan tanpa mengharapkan bekalan kuasa elektrik menerusi penyesuai kuasa (power adapter).

Apple iPad
Apple iPad

Selain itu, iPad juga bersifat lebih mudah alih berbanding komputer riba kerana skrinnya lebih kecil dan tidak mempunyai papan kekunci. Menggunakan iPad dapatlah diibaratkan seperti memegang sebuah skrin besar.

Tidak seperi komputer riba yang biasa, iPad tidak mempunyai port utk aksesori tambahan seperti USB ataupun slot kad memori seperti SD. Ketiadaan port ini menyebabkan tidak ramai orang mahu menggunakan iPad, baik sebagai pengguna ataupun penerbit media.

Walau bagaimanapun, iPad kian mendapat tempat yang lebih kukuh dalam kalangan penghasil media. Ini dapat dilihat menerusi pengenalan produk iPad Pro yang menyokong peranti pen (stylus) untuk proses melukis dan mewarna.

Pada tahun 2019, Apple mengumumkan bahawa iPad bakal memiliki sistem operasi (operating system, OS) sendiri, iaitu iPadOS. iPadOS akan berfungsi sebagai sistem operasi khusus yang dibangunkan untuk iPad.

Walaupun perkara ini bakal menjauhkan jurang antara pengguna iPhone dan iPad, iPadOS dijangka dapat membolehkan pengalaman pengguna iPad menjadi lebih menarik.

Dikemas kini pada

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.