Ayam KFC Green Chili Crunch

[ Reviu ] KFC Green Chili Crunch

Sejak sebulan dua kebelakangan ini, KFC Malaysia kembali menghasut kami untuk mencuba resepi ayam terbarunya, Green Chili Crunch. Iklannya ada menyebut Spicy Lime, kami pun tidak pasti bagaimana rasanya.

Ayam KFC Green Chili Crunch
Ayam KFC Green Chili Crunch

Bagaimana KFC boleh menghasut kami? Pastinya menerusi iklan-iklannya yang merajai media-media sosial dan juga komen-komen yang dimuat naik oleh sahabat handai.

Walaupun baru sahaja mencuba Ayam KFC perisa telur masin (salted egg) tempoh hari, namun Green Chili Crunch ini tetap menarik minat kami untuk mencubanya.

Untuk sesi kali pertama, kami telah mencubanya di satu restoran KFC di Kuala Lumpur. Ayam Chili Crunch ini terasa sedikit masam limau dan pedas yang kekal selama beberapa minit di bibir apabila selesai makan.

Untuk menilai keseragaman rasa, kami mencuba sekali lagi di restoran KFC di lokasi berlainan beberapa minggu kemudian. Rasa limau tersebut masih ada, cuma untuk cubaan kedua ini, kami mendapati rasa pedasnya agak kurang berbanding sesi pertama tempoh hari.

Selain daripada itu, ayam Chili Crunch ini juga dirasakan lebih berminyak berbanding Ayam Regular ataupun Hot & Spicy yang biasa didapati sepanjang masa di restoran-restoran KFC seluruh Malaysia.

Jadi, patutkah anda mencuba Ayam Chili Crunch ini di KFC berdekatan? Jika anda merindui Ayam Kicap KFC yang pernah ditawarkan sebelum ini, anda boleh mencuba Ayam Chili Crunch ini. Rasanya lebih kurang sama macam Ayam Kicap, tetapi Chili Crunch ini mempunyai lebih rasa cili untuk kepedasan ekstra.

Dikemas kini pada

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.