Kekunci "Delete" pada papan kekunci Logitech Keyboard MK550

Tips Keselamatan Kata Laluan

Kata laluan atau “password” ialah satu set huruf, nombor, simbol atau kombinasi antara ketiga-tiga elemen berkenaan yang digunakan bagi tujuan mengakses bahagian yang selamat (secure) dalam komputer anda.

Kekunci "Delete" pada papan kekunci Logitech Keyboard MK550
Kekunci “Delete” pada papan kekunci Logitech Keyboard MK550

Contoh kata laluan yang biasa anda gunakan ialah kata laluan untuk log masuk Windows (Windows Log In), perisian email (seperti GMail dan Yahoo! Mail) dan akaun-akaun lain seperti Facebook, iCloud dan juga Dropbox.

Kata laluan penting untuk dijaga kerana sekiranya ada orang yang tidak diingini mendapat tahu kata laluan anda, orang tersebut akan terus mendapat akses terhadap data-data sulit anda seperti dokumen peribadi ataupun gambar-gambar anda. Lebih teruk lagi, sekiranya maklumat peribadi anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat rumah anda diambil dan dijual kepada pihak-pihak tertentu.

Untuk memastikan data anda lebih selamat dan tidak dapat diakses dengan mudah oleh pihak luar, kami ingin berkongsi tips-tips berikut untuk panduan anda:

Jangan gunakan perkataan biasa

Semua orang faham bahawa terdapat banyak kata laluan yang perlu diingat. Ada laman web yang memerlukan hanya kombinasi huruf dan nombor, anda juga yang memerlukan huruf, nombor dan simbol. Ada penggodam yang memiliki perisian untuk memasukkan kata laluan secara berulang kali menggunakan kaedah brute force.

Kata laluan yang terdiri daripada huruf semata-mata tidak memerlukan masa yang lama untuk “diteka” oleh perisian tersebut. Oleh itu, penting untuk anda “mencipta” perkataan sendiri yang mengandungi huruf kecil (lowercase), huruf besar (uppercase), nombor dan simbol (special characters).

Jangan Tulis Kata Laluan Anda

Walaupun kata laluan itu sukar untuk diingati, pastikan anda tidak menulis kata laluan anda di mana-mana tempat untuk memastikan akses anda kekal selamat. Sekiranya anda tidak dapat mengingat kata-kata laluan anda, anda boleh ikuti tips berikutnya untuk menggunakan bantuan perisian pengurusan kata laluan.

Guna Perisian atau Aplikasi Pengurusan Kata Laluan (Password Manager)

Mengingat banyak kata laluan bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan sistem aplikasi atau perisian pengurusan kata laluan untuk membolehkan anda memasukkan maklumat kata laluan yang anda gunakan. Contoh aplikasi yang wujud di pasaran ialah LastPass dan juga 1Password. LastPass menawarkan perkhidmatan pengurusan kata laluan secara percuma dan pilihan untuk akaun Premium (berbayar) juga ada ditawarkan.

Apa itu LastPass? Baca sini untuk maklumat lanjut.

Gunakan “Two-factor Authentication”

Apa itu two-factor authentication? Two-factor Authentication (2FA) ialah satu bentuk akses log masuk yang memerlukan dua jenis akses. Biasanya, 2FA memerlukan kata laluan (password) – sesuatu yang anda perlu ingat (something you need to remember) dan juga peranti akses (access device) – sesuatu yang anda ada (something you have). Kata laluan ialah sesuatu yang kekal sama selagi anda belum menukarnya. Peranti akses pula biasanya akan menjana kod pendek (shortcode) yang berubah-ubah mengikut masa atau setiap kali anda memohon kod pendek baru.

Dengan Two-factor Authentication, sekiranya anda hilang peranti akses, anda tidak boleh log masuk seperti biasa dan mungkin memerlukan “recovery code” bagi urusan log masuk. Oleh itu, kebiasaannya pengguna hanya menggunakan two-factor authentication bagi akses yang perlu tahap keselamatan yang tinggi.

Bantuan Khidmat Nasihat

Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat tambahan, sila hubungi kami.

Digital eXpert menawarkan perkhidmatan penyenggaraan komputer pada harga berpatutan untuk anda.

Dikemas kini pada

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.