Merdeka 118: Galeri Pameran Kini Dibuka

KUALA LUMPUR, 24 September 2019: Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi anak syarikatnya PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV) telah melancarkan ‘Galeri Pameran Merdeka 118’ bagi projek pembangunan Merdeka 118 di Kuala Lumpur.

Baca: Senarai bangunan tertinggi di Malaysia

Berikut dipaparkan kenyataan akhbar PNB berkenaan hal ini:

GALERI PAMERAN MERDEKA 118 DIBUKA

Pamer Mercu Tanda Pencakar Langit Baharu Asia Tenggara

Kuala Lumpur, 24 September 2019: PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini melancarkan ‘Galeri Pameran Merdeka 118’ bagi projek pembangunan Merdeka 118, di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Terletak di kawasan bandar Kuala Lumpur yang pesat membangun sehingga hari ini, presint berprestij Merdeka 118 bakal menyaksikan penyatuan luar biasa di antara seni bina bersejarah dan kontemporari. Reka bentuk menara yang tersergam teguh dan jelas dilihat di latar langit Kuala Lumpur ini mencerminkan imej ikonik pengisytiharan kemerdekaan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Menara Merdeka 118 berdiri megah bersama dua warisan negara -Stadium Negara dan Stadium Merdeka, di mana kemerdekaan Malaysia diisytiharkan pada tahun 1957. Sebagai penjaga kedua-dua tapak bersejarah ini, PNB Merdeka Ventures telah melakukan pelbagai usaha pemeliharaan buat Stadium Merdeka di mana stadium tersebut menjalani usaha baik pulih pada tahun 2007 demi mengembalikannya kepada keadaan asal pada tahun 1957, sementara pelan untuk membaik pulih Stadium Negara akan dilaksanakan bagi membolehkannya diguna pakai sebagai lokasi untuk pelbagai aktiviti menarik.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, “Presint ini bukan sahaja melambangkan kebudayaan dan sejarah kemerdekaan kita, tetapi juga perubahan dan masa depan kita berdasarkan gabungan senibina kontemporari dan sejarah kawasan ini. Puncak menara melambangkan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara dan PNB sebagai sebuah syarikat untuk terus berusaha mencapai kejayaan demi kejayaan di masa depan.”

“Sebagai pemangkin untuk perubahan, Merdeka 118 bakal menghidupkan semula lokasi bersejarah ini. Bagi tujuan ini, kami telah mengutamakan pelan pengaktifan sepanjang tahun di presint tersebut selepas siapnya kerja-kerja pembangunan, dengan kolaborasi dan kerjasama yang bakal melibatkan dan menghubungkan komuniti di sekitar kawasan ini secara langsung. Kami berharap semoga ia akan menarik minat pengunjung serta mencerminkan personaliti dan semangat present Merdeka 118, sekaligus membawa kesan positif kepada kawasan-kawasan lain di Kuala Lumpur.”

Galeri pameran yang baru sahaja dilancarkan ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat ciri-ciri penting seperti lokasi pembangunan dan keterhubungan yang baik ke kawasan lain di Kuala Lumpur, juga aspek-aspek teknikal, termasuk rupa bentuk menarapencakar langityang unikdi Asia Tenggara.

Apabila selesainya projek ini, Merdeka 118 akan melingkungi lebih dari 3 juta kaki persegi yang terdiri daripada 1.65 juta kaki persegi ruang pejabat Gred-A untuk disewa, Dek Pemerhatian PNB yang bakal menjadi yang tertinggi di Asia Tenggara, satu-satunya Park Hyatt Hotel di Malaysia, 1 juta kaki persegi pusat membeli belah yang menarik serta 3 menara kediaman premium.

Naib Presiden Eksekutif, Harta/Hartanah, PNB,Encik Rizal Rickman Ramli berkata, “Sebagai sebuah hab bersepadu ikonik di tengah bandarKuala Lumpur, present Merdeka 118 akan mempertingkatkan aspek keselesaan gaya hidup,kepesatan dan memberikan pengalaman luar biasa kepada masyarakat sekeliling. Pembinaan menara Merdeka 118 yang dimulakan pada tahun 2016 kinisudah38% siap dengan ketinggian 78 tingkat. Menjelang 2021 apabila ia siap dibina, menara yang merangkumi 118 tingkat dengan ketinggian 635m ini akan menjadi mercu tanda baharu yang melengkapi kaki langit Kuala Lumpur.”

“Bagi memastikan keterhubungan yang lancar, kami bekerjasama dengan perunding antarabangsa, arkitek, jurutera, serta pakar dari Malaysia untuk mewujudkan rancangan infrastruktur utama untuk menjadikan Merdeka 118 sebagai sebuah pembangunan Malaysia yang ikonik dan bertaraf dunia.

“Menara ini juga mensasarkan penarafan tiga akreditasi platinum dengan Leadership in Energy and Environmental Design (LEED), GreenRE dan Green Building Index (GBI), yang akan menjadikan Merdeka 118 bangunan pertama di Malaysia untuk mendapat penarafan sedemikian.

Terdapat juga beberapa projek yang sedang diusahakan termasuk teater dengan kapasiti 1,000 tempat duduk, tempat yang sememangnya sesuai untuk pameran dan persembahan kebudayaan dan seni, muzik sertahiburan secara langsung; sebuah dewan yang mampu menampung sehingga 2,000 tetamu; dan taman seluas empat ekar dilengkapi dengan tarikan air pancut, berperanan sebagai ruang terbuka untuk rakyat Malaysia dan pelawat untuk menikmati pemandangan berlatarbelakangkan Merdeka 118 yang unggul. Projek ini disokong oleh rancangan infrastruktur utama bagi meningkatkan lagi akses dan perhubungan ke kawasan tersebut.

Galeri kini dibuka dari 9pagi hingga 6 petang setiap hari. Untuk maklumat lanjut mengenai ruang pejabat Merdeka 118, sila hubungi James Goh di 03-26919922 (Perunding Hartanah Rahim & Co International) atau James Short di 03-22600700 (JLL). Sebarang pertanyaan berkaitan ruang pusat membeli belah, sila hubungi Zuraidah Khalil di 03-2161 7228 (Nawawi Tie Leung).

Sumber: Kenyataan Akhbar PNB Merdeka Ventures

Dikemas kini pada

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.