Apple

Apple Inc. ialah sebuah syarikat multinasional (MNC) yang beribu pejabat di Cupertino, California, Amerika Syarikat. Apple ialah sebuah syarikat yang mereka bentuk, membangunkan dan menjual barangan elektronik kepada pengguna, perisian dan juga perkhidmatan atas talian (online services).

Apple Store Fifth Avenue, New York (Ogos 2010)
Apple Store Fifth Avenue, New York (Ogos 2010)

Apple diasaskan pada 1 April 1976 oleh tiga orang, iaitu Steve Jobs, Steve Wozniak dan juga Ronald Wayne.

Produk Apple

Berikut dipaparkan senarai produk Apple yang ada dalam pasaran:

iPad: komputer tablet

iPod: pemain muzik dan video mudah alih

iPhone: telefon pintar

Macbook: komputer riba

iMac: komputer meja (desktop)

Mac Pro: komputer meja (desktop) untuk kegunaan profesional

Dikemas kini pada