iPhone

iPhone ialah nama bagi telefon pintar Apple

iPhone yang pertama

iPhone yang pertama bagi Apple ialah iPhone (Generasi Pertama) yang dilancarkan pada 29 Jun 2007.

iPhone (generasi pertama) dilancarkan oleh Apple pada 29 Jun 2007.

Walaupun dilancarkan di Amerika Syarikat pada bulan Jun 2007, peranti telefon pintar pertama Apple ini mula-mula diumumkan mereka pada 9 Januari 2007.

Pelancaran iPhone

Pada 29 Jun 2007, iPhone yang pertama dilancarkan di Amerika Syarikat. iPhone terdapat dalam dua kapasiti storan, iaitu 4 GB yang dijual pada harga USD $499 dan juga 8 GB yang dijual pada harga USD $599. Walau bagaimanapun, harga tersebut memerlukan pengguna untuk melanggan kontrak selama 2 tahun bersama AT&T, sebuah pengendali telekomunikasi popular di Amerika Syarikat.

Perisian

Ketika pelancarannya, iPhone menggunakan iPhone OS 1, yang juga diperkenalkan sebagai OS X. iPhone OS 1 mengandungi beberapa ciri menarik seperti Visual Voicemail, multi-touch gestures, capaian akses emel HTML, pelayar web Safari dan juga aplikasi YouTube.

iPhone 8 dan 8 Plus

iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dilancarkan pada 12 September 2017.

iPhone 8 ialah sebuah peranti yang dilancarkan oleh Apple pada tahun 2017.

Peranti ini juga merupakan telefon pintar pertama dari Apple yang mempunyai kebolehan pengecasan tanpa wayar (wireless charging).

iPhone X

iPhone X (disebut sebagai iPhone Ten) ialah telefon pintar yang direka bentuk, dibangunkan dan dipasarkan oleh syarikat Apple. iPhone X diumumkan oleh Apple dalam sebuah Apple Event pada 12 September 2017, bersama-sama dengan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

Ciri-ciri unik iPhone X

iPhone X dilengkapi beberapa ciri terbaru yang unik seperti:

Skrin OLED: Walaupun sudah banyak telefon pintar jenama lain menggunakan skrin OLED, namun Apple masih lagi menggunakan teknologi IPS LCD bagi model iPhone. Walau bagaimanapun, untuk iPhone X, Apple menggunakan skrin OLED untuk memberikan imej yang lebih nyata dan juga berkontras tinggi.

Face ID: iPhone X merupakan telefon pintar pertama dari Apple yang menggunakan teknologi Face ID. Menurut Apple, Face ID memiliki ketepatan yang lebih tinggi berbanding Touch ID. Dengan Face ID, pengguna hanya perlu memandang kepada telefon pintar tersebut untuk menyahkunci (unlock).

Animoji

Dwikamera

Caj Tanpa Wayar (wireless charging)

Spesifikasi iPhone X

Berikut dipaparkan spesifikasi penting iPhone X.

  • Unit Pemprosesan Utama (CPU): Apple A11 Bionic, 2.39 GHz hexa-core 64 bit
  • RAM: 3GB LPDDR4X
  • Kapasiti storan: 64GB dan 256 GB
  • Skrin: 5.8 inci Super Retina HD, AMOLED, resolusi 2436×1125 pixel (458 ppi)
  • Kamera belakang: 12 megapixel, aperture f/1.8 dwikamera, zum optikal 2x
  • Kamera hadapan: 7 megapixel, aperture f/2.2
  • Capaian rangkaian: GSM, CDMA2000, EV-DO, HSPA+, LTW, LTE Advanced
  • Kapasiti bateri: 3.81 V 10.35 W•h (2716 mAh) Lithium-ion
  • Kaedah pengecasan: Berwayar (melalui kabel Lightning) dan juga Tanpa Wayar (Qi Wireless Charging)
  • Model: A1865 (modem Qualcomm), A1901 (modem Intel), A1902 (model untuk jualan di Jepun)
  • Ukuran: Tinggi 143.6mm, panjang 70.9 mm, tebal 7.7 mm
  • Berat: 174 g
  • Ciri-ciri lain: Kalis air IP67

Dikemas kini pada