Merdeka 118: Galeri Pameran Kini Dibuka

KUALA LUMPUR, 24 September 2019: Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi anak syarikatnya PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV) telah melancarkan ‘Galeri Pameran Merdeka 118’ bagi projek pembangunan Merdeka 118 di Kuala Lumpur.

Baca: Senarai bangunan tertinggi di Malaysia

Berikut dipaparkan kenyataan akhbar PNB berkenaan hal ini:

GALERI PAMERAN MERDEKA 118 DIBUKA

Pamer Mercu Tanda Pencakar Langit Baharu Asia Tenggara

Kuala Lumpur, 24 September 2019: PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini melancarkan ‘Galeri Pameran Merdeka 118’ bagi projek pembangunan Merdeka 118, di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Terletak di kawasan bandar Kuala Lumpur yang pesat membangun sehingga hari ini, presint berprestij Merdeka 118 bakal menyaksikan penyatuan luar biasa di antara seni bina bersejarah dan kontemporari. Reka bentuk menara yang tersergam teguh dan jelas dilihat di latar langit Kuala Lumpur ini mencerminkan imej ikonik pengisytiharan kemerdekaan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Menara Merdeka 118 berdiri megah bersama dua warisan negara -Stadium Negara dan Stadium Merdeka, di mana kemerdekaan Malaysia diisytiharkan pada tahun 1957. Sebagai penjaga kedua-dua tapak bersejarah ini, PNB Merdeka Ventures telah melakukan pelbagai usaha pemeliharaan buat Stadium Merdeka di mana stadium tersebut menjalani usaha baik pulih pada tahun 2007 demi mengembalikannya kepada keadaan asal pada tahun 1957, sementara pelan untuk membaik pulih Stadium Negara akan dilaksanakan bagi membolehkannya diguna pakai sebagai lokasi untuk pelbagai aktiviti menarik.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, “Presint ini bukan sahaja melambangkan kebudayaan dan sejarah kemerdekaan kita, tetapi juga perubahan dan masa depan kita berdasarkan gabungan senibina kontemporari dan sejarah kawasan ini. Puncak menara melambangkan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara dan PNB sebagai sebuah syarikat untuk terus berusaha mencapai kejayaan demi kejayaan di masa depan.”

“Sebagai pemangkin untuk perubahan, Merdeka 118 bakal menghidupkan semula lokasi bersejarah ini. Bagi tujuan ini, kami telah mengutamakan pelan pengaktifan sepanjang tahun di presint tersebut selepas siapnya kerja-kerja pembangunan, dengan kolaborasi dan kerjasama yang bakal melibatkan dan menghubungkan komuniti di sekitar kawasan ini secara langsung. Kami berharap semoga ia akan menarik minat pengunjung serta mencerminkan personaliti dan semangat present Merdeka 118, sekaligus membawa kesan positif kepada kawasan-kawasan lain di Kuala Lumpur.”

Galeri pameran yang baru sahaja dilancarkan ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat ciri-ciri penting seperti lokasi pembangunan dan keterhubungan yang baik ke kawasan lain di Kuala Lumpur, juga aspek-aspek teknikal, termasuk rupa bentuk menarapencakar langityang unikdi Asia Tenggara.

Apabila selesainya projek ini, Merdeka 118 akan melingkungi lebih dari 3 juta kaki persegi yang terdiri daripada 1.65 juta kaki persegi ruang pejabat Gred-A untuk disewa, Dek Pemerhatian PNB yang bakal menjadi yang tertinggi di Asia Tenggara, satu-satunya Park Hyatt Hotel di Malaysia, 1 juta kaki persegi pusat membeli belah yang menarik serta 3 menara kediaman premium.

Naib Presiden Eksekutif, Harta/Hartanah, PNB,Encik Rizal Rickman Ramli berkata, “Sebagai sebuah hab bersepadu ikonik di tengah bandarKuala Lumpur, present Merdeka 118 akan mempertingkatkan aspek keselesaan gaya hidup,kepesatan dan memberikan pengalaman luar biasa kepada masyarakat sekeliling. Pembinaan menara Merdeka 118 yang dimulakan pada tahun 2016 kinisudah38% siap dengan ketinggian 78 tingkat. Menjelang 2021 apabila ia siap dibina, menara yang merangkumi 118 tingkat dengan ketinggian 635m ini akan menjadi mercu tanda baharu yang melengkapi kaki langit Kuala Lumpur.”

“Bagi memastikan keterhubungan yang lancar, kami bekerjasama dengan perunding antarabangsa, arkitek, jurutera, serta pakar dari Malaysia untuk mewujudkan rancangan infrastruktur utama untuk menjadikan Merdeka 118 sebagai sebuah pembangunan Malaysia yang ikonik dan bertaraf dunia.

“Menara ini juga mensasarkan penarafan tiga akreditasi platinum dengan Leadership in Energy and Environmental Design (LEED), GreenRE dan Green Building Index (GBI), yang akan menjadikan Merdeka 118 bangunan pertama di Malaysia untuk mendapat penarafan sedemikian.

Terdapat juga beberapa projek yang sedang diusahakan termasuk teater dengan kapasiti 1,000 tempat duduk, tempat yang sememangnya sesuai untuk pameran dan persembahan kebudayaan dan seni, muzik sertahiburan secara langsung; sebuah dewan yang mampu menampung sehingga 2,000 tetamu; dan taman seluas empat ekar dilengkapi dengan tarikan air pancut, berperanan sebagai ruang terbuka untuk rakyat Malaysia dan pelawat untuk menikmati pemandangan berlatarbelakangkan Merdeka 118 yang unggul. Projek ini disokong oleh rancangan infrastruktur utama bagi meningkatkan lagi akses dan perhubungan ke kawasan tersebut.

Galeri kini dibuka dari 9pagi hingga 6 petang setiap hari. Untuk maklumat lanjut mengenai ruang pejabat Merdeka 118, sila hubungi James Goh di 03-26919922 (Perunding Hartanah Rahim & Co International) atau James Short di 03-22600700 (JLL). Sebarang pertanyaan berkaitan ruang pusat membeli belah, sila hubungi Zuraidah Khalil di 03-2161 7228 (Nawawi Tie Leung).

Sumber: Kenyataan Akhbar PNB Merdeka Ventures

Dikemas kini pada

e-Tunai Rakyat: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Dalam Belanjawan 2020, Menteri Kewangan mengumumkan bahawa sejumlah wang diperuntukkan untuk menggalakkan penggunaan e-wallet dalam kalangan rakyat Malaysia. Inisiatif ini juga dikenali dengan nama e-Tunai Rakyat.

Sejumlah RM 450 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk program ini. Seramai 15 juta penduduk Malaysia disasarkan sebagai penerima insentif e-wallet ini. Pihak kerajaan menyasarkan penggunakan e-wallet yang lebih tinggi kerana transaksi seperti ini lebih selamat, cepat dan mudah dilaksanakan.

Dengan inisiatif e-Tunai rakyat ini, setiap rakyat Malaysia yang layak boleh memohon sebanyak RM 30.00 nilai untuk dikreditkan ke dalam akaun e-wallet mereka.

Untuk mengisi rasa ingin tahu anda, kami ingin berkongsi beberapa perkara yang anda perlu tahu berkenaan pelaksanaan program e-wallet ini.

Apakah Syarat Kelayakan e-Tunai Rakyat?

Kelayakannya adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan mempunyai Kad Pengenalan (MyKad)
  2. Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2020
  3. Mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM 100,000.00

Tempoh masa menuntut e-Tunai Rakyat

e-Tunai Rakyat sebanyak RM 30.00 ini boleh dituntut bermula daripada 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020.

Penyedia e-wallet e-Tunai Rakyat

Program e-Tunai Rakyat ini dilaksanakan dengan kerjasama tiga penyedia perkhidmatan e-wallet terkemuka di Malaysia, iaitu Touch ‘N Go eWallet, Boost dan GrabPay.

Pendaftaran dan Pengesahan Identiti Touch ‘N Go e-Wallet

Setelah anda mendaftar akaun Touch ‘N Go eWallet (rujuk pautan di atas), anda perlu mengesahkan identiti anda. Pengesahan identiti ini bertujuan untuk memastikan anda adalah entiti sebenar berdasarkan maklumat kad pengenalan yang dihantar kepada Touch ‘N Go.

Untuk pengesahan identiti, anda perlu mengambil gambar sendiri menggunakan aplikasi Touch ‘N Go eWallet. Selain daripada pengecaman wajah, anda juga perlu mengambil gambar bahagian hadapan dan belakang kad pengenalan anda. Rujuk sini untuk maklumat pengesahan identiti Touch ‘N Go eWallet.

Sumber: RinggitPlus

Dikemas kini pada

[ MacOS High Sierra Update ] Kemas Kini Keselamatan 2018-001

Pada 24 April 2018, Apple telah melancarkan update (kemas kini) terbaru bagi sistem operasi MacOS High Sierra. Update ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan sistem operasi MacOS tersebut. Bahagian sistem operasi yang terlibat dalam kemas kini ini ialah Crash Reporter dan LinkPresentation.

Macbook Air 2011
Macbook Air 2011

Para pengguna MacOS High Sierra boleh memuat turun update ini secara percuma melalui bahagian Update di Apple Mac App Store.

MacOS High Sierra ialah sebuah sistem operasi yang dibangunkan oleh Apple untuk digunakan dalam komputer-komputernya. Contoh komputer yang menggunakan MacOS High Sierra ialah Macbook, Macbook Pro, iMac dan juga Mac Pro.

Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kemas kini terbaharu daripada Apple ini.

Dikemas kini pada

Microsoft Office 2016 Untuk MacOS Versi 16.12.0 Sedia Dimuat Turun

Pada 11 April 2018, Microsoft telah melancarkan kemas kini terbaru bagi perisian Microsoft Office di platform MacOS. Kini, versi terbaharu bagi Microsoft Office di MacOS ialah Versi 16.12.0 (18041000).

Para pengguna Office 365 boleh memuat turun update ini secara percuma melalui menu Help -> Check for Updates di mana-mana perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint dan Outlook).

Aplikasi Microsoft Office yang terlibat ialah Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint, Microsoft Outlook dan Microsoft OneNote.

Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kemas kini terbaharu Microsoft Office ini.

Dikemas kini pada

Microsoft AutoUpdate for Mac Versi 3.18.0 Sedia Dimuat Turun

Pada 11 April 2018, Microsoft telah melancarkan Microsoft AutoUpdate versi 3.18.0 (18041000) untuk para pengguna Microsoft Office 365 MacOS.

Para pengguna Office 365 boleh memuat turun kemas kini (update) ini secara percuma melalui menu Help -> Check for Updates di mana-mana perisian Microsoft Office for Mac (Word, Excel, Powerpoint dan Outlook).

Untuk maklumat lanjut berkenaan kemas kini ini, sila ke pautan Microsoft di sini: https://go.microsoft.com/fwlink/?LinkID=831049

Apa itu Microsoft AutoUpdate?

Microsoft AutoUpdate ialah perisian kecil dari Microsoft yang berfungsi untuk mendapatkan kemas kini (update) yang terbaru bagi produk Microsoft Office for Mac secara automatik. Dengan menggunakan Microsoft AutoUpdate, anda boleh memuat turun kemas kini dengan mudah dan selamat dari sumber Microsoft yang asli (genuine).

Dikemas kini pada

Microsoft Office 2016 Untuk MacOS Versi 16.11.1 Sedia Dimuat Turun

Pada 19 Mac 2018, Microsoft telah melancarkan kemas kini terbaru bagi perisian Microsoft Office di platform MacOS. Kini, versi terbaharu bagi Microsoft Office di MacOS ialah Versi 16.11.1 (18031900).

Para pengguna Office 365 boleh memuat turun update ini secara percuma melalui menu Help -> Check for Updates di mana-mana perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint dan Outlook).

Menurut Microsoft, tiada fungsi (feature) baru dilancarkan dalam kemas kini kali ini. Dalam versi 16.11.1 ini, Microsoft menyelesaikan masalah yang dialami sesetengah pengguna apabila perisian Microsoft Office mereka menjadi tidak responsive apabila dilancarkan (when it is launched). Aplikasi Microsoft Office yang terlibat ialah Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint.

Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kemas kini terbaharu Microsoft Office ini.

Dikemas kini pada

Microsoft AutoUpdate for Mac Versi 3.17.0 Sedia Dimuat Turun

Pada 11 Mac 2018, Microsoft telah melancarkan Microsoft AutoUpdate versi 3.17.0 (18031100) untuk para pengguna Microsoft Office 365 MacOS.

Para pengguna Office 365 boleh memuat turun kemas kini (update) ini secara percuma melalui menu Help -> Check for Updates di mana-mana perisian Microsoft Office for Mac (Word, Excel, Powerpoint dan Outlook).

Apa itu Microsoft AutoUpdate?

Microsoft AutoUpdate ialah perisian kecil dari Microsoft yang berfungsi untuk mendapatkan kemas kini (update) yang terbaru bagi produk Microsoft Office for Mac secara automatik. Dengan menggunakan Microsoft AutoUpdate, anda boleh memuat turun kemas kini dengan mudah dan selamat dari sumber Microsoft yang asli (genuine).

Pada masa ini, tiada maklumat spesifik di laman Microsoft untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kemas kini berkenaan.

Dikemas kini pada

Microsoft Office 2016 Untuk MacOS Versi 16.11.0 Sedia Dimuat Turun

Pada 13 Mac 2018, Microsoft telah melancarkan kemas kini terbaru bagi perisian Microsoft Office di platform MacOS. Kini, versi terbaharu bagi Microsoft Office di MacOS ialah Versi 16.11.0 (18031100).

Para pengguna Office 365 boleh memuat turun update ini secara percuma melalui menu Help -> Check for Updates di mana-mana perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint dan Outlook).

Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kemas kini terbaharu Microsoft Office ini.

Dikemas kini pada

[ Promosi ] Celcom Menawarkan iPhone Pada Harga Diskaun

Berita baik kepada semua pengguna yang berhasrat untuk membeli iPhone, anda kini boleh mendapatkan iPhone pada harga yang lebih murah melalui langganan pelan pascabayar (postpaid) Celcom. Diskaun ini adalah diskaun tambahan daripada diskaun sedia ada Diskaun tambahan ini hanya boleh didapati dengan pengubahan pelan (Change of Billing Plan – COBP), Mobile Number Portability (MNP) dan

Apple Store Fifth Avenue, New York (Ogos 2010)
Apple Store Fifth Avenue, New York (Ogos 2010)

Diskaun yang ditawarkan termasuklah iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X. Manakala bagi jumlah diskaun pula, ianya tertakluk kepada model iPhone dan kapasiti yang diinginkan.

Pelan yang layak untuk menikmati diskaun ini pula ialah Celcom First Gold Plus, First Gold Supreme, First Platinum dan juga First Platinum Plus.

Bagi pengguna yang tidak mahu mengeluarkan bayaran sekaligus bagi membeli iPhone, anda boleh melanggan mana-mana pelan di atas dan membeli iPhone anda dengan ansuran mudah bulanan EasyPhone dari Celcom. Sebagai contoh, harga ansuran bulanan iPhone 8 64 GB bagi pelan First Platinum sekarang hanya RM 88 sebulan berbanding harga sebelumnya RM 92 sebulan. Manakala untuk iPhone X pula, harga terbaru untuk EasyPhone pula ialah RM 143 sebulan berbanding RM 148 sebulan (harga sebelum ini).

Klik sini untuk melawat laman web Celcom bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan EasyPhone, pelan-pelan pascabayar yang lain dan juga maklumat harga iPhone.

Dikemas kini pada