Masa terbaik minum kopi

Apakah waktu terbaik untuk meminum kopi?

Sekiranya anda seorang peminun kopi tegar, pastinya anda pernah tertanya-tanya waktu bilakah sesuai untuk anda meminum kopi.

Waktu terbaik untuk minum kopi ialah sekitar jam 9-10 pagi.

Sekiranya anda suka minum kopi pada waktu petang, anda boleh meminumnya beberapa jam sebelum tidur.

Waktu sesuai meminum kopi pada bulan Ramadan

Sekiranya anda berpuasa dan masih ingin menikmati kopi, anda boleh meminumnya sejurus selepas sahur. Pastikan anda makan sahur dahulu sebelum meminum kopi.

Dikemas kini pada

Reviu: Restoran PKS Maju, Serdang

Restoran PKS Maju ialah sebuah restoran mamak yang terletak di Serdang, Selangor.

Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan. Antara lauk-pauk yang menarik ialah kari kambing dan juga ayam varuval.

Untuk menu gorengan pula, restoran ini menyajikan Nasi Lemak Goreng. Nasi Lemak Goreng ialah menu unik di PKS Maju kerana menu ini tidak disajikan di kebanyakan restoran mamak yang lain. Perbezaan Nasi Lemak Goreng berbanding nasi lemak biasa ialah Nasi Lemak Goreng ialah adunan ramuan biasa nasi lemak (nasi lemak, sambal, ikan bilis, kacang) yang digoreng bersama berserta kicap, bawang dan juga telur.

Restoran PKS Maju - Nasi Lemak Goreng 2018-01-20
Restoran PKS Maju – Nasi Lemak Goreng 2018-01-20

Rasa Nasi Lemak Goreng ini pula seperti nasi goreng biasa, cuma nasinya terasa lebih berlemak dan bersambal.

Dikemas kini pada

Reviu: McDonald’s Smoky Beef Burger

Baru-baru ini, McDonald’s telah melancarkan dua jenis burger terbaharu, iaitu Hot N’ Crispy Chicken dan Smoky Grilled Beef. Oleh itu, kami telah berkunjung ke McDonald’s untuk merasai sendiri burger ini.

Resit Pembelian McDonald's 2018-03-27
Resit Pembelian McDonald’s 2018-03-27

Harga kombo untuk burger, air berkarbonat dan kentang goreng bermula pada RM 14.95 (termasuk GST). Anda juga boleh “upgrade” untuk menikmati air berkarbonat dan kentang goreng bersaiz besar dengan RM 1.60 sahaja.

Pembungkusan Smoky Grilled Beef Burger McDonald's - 2018-03-27
Pembungkusan Smoky Grilled Beef Burger McDonald’s – 2018-03-27

Burger ini dibungkus dalam kotak kertas yang berbeza. Pastinya berbeza, kerana harganya juga lebih mahal berbanding burger Big Mac.

Burger Smoky Grilled Beef - 2018-03-27
Burger Smoky Grilled Beef – 2018-03-27

Burger ini menggunakan kepingan daging yang agak besar, dipercayai kepingan daging yang sama untuk burger Big and Tasty yang pernah dijual sebelum ini.

Walau bagaimanapun, rasa unik pada burger ini ialah penggunaan sos Chipotle yang pedas dengan sedikit rasa masam dan manis yang pastinya mampu menarik minat para pengunjung.

Dengan harga kombo yang bermula pada RM 14.95, ianya sedikit mahal berbanding kombo-kombo lain di McDonald’s. Sebagai perbandingan, kombo 2 ketul Ayam Goreng McD hanya dijual pada RM 13.90.

Oleh itu, setelah merasai sendiri burger Smoky Grilled Beef ini, berikut merupakan dapatan reviu kami:

Cara Hidangan: 7/10

Rasa: 8/10

Harga: 5/10

 

Dikemas kini pada