Senarai Pasar Malam MPSJ (2020)

Berikut dipaparkan senarai pasar malam mengikut kawasan, alamat dan hari bagi kawasan-kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Zon Subang Jaya

BIL.KAWASANALAMATHARI
1.SS13Jalan SS13/1, SS13Selasa & Ahad
2.USJ 1 (Angsana)Jalan TS 6/10a, Taman Subang PermaiSelasa, Ahad
3.Batu 3Jalan Nilam 1/2, Batu 3Rabu, Ahad
4.USJ 1 (Regalia)USJ 1/1A, Regalia USJ 1Khamis

Zon Puchong

BIL.KAWASANALAMATHARI
1.Taman Puchong IndahJalan Indah 2/1, Taman Puchong IndahIsnin
2.Puchong UtamaJalan Utama 2/15, Taman Perindustrian Maju JayaSelasa
3.Taman Saujana PuchongJalan SP 3/5, Saujana PuchongRabu
4.Putra HeightsPersiaran Putra BahagiaRabu & Jumaat
5.Batu 14Jalan BPU 1, Puchong Batu 14Sabtu
6.Puchong PrimaJalan 5/5 & 5/6, Puchong PrimaSabtu

Zon Kinrara

BIL.KAWASANALAMATHARI
1.Taman Bukit KuchaiJalan 21, Tmn Bukit KuchaiJumaat
2.Taman Perindustrian KinraraJalan BK 5A/1, Bandar Kinrara 5Ahad

Zon Serdang & Seri Kembangan

BIL.KAWASANALAMATHARI
1.Perdagangan Seri Kembangan (PSK)Jalan PSK 9, Pusat Perdagangan Seri Kembangan(PSK)Isnin
2.Perindustrian Bukit Serdang (PBS)Jalan PBS 14/1,Perindustrian Bukit SerdangIsnin & Khamis
3.Taman Sri SerdangJalan 6/5, Tmn Seri SerdangIsnin & Jumaat
4.Taman Universiti IndahJalan Indah 2/10, Taman Universiti IndahSelasa
5.Taman Pinggiran Putra (Putra Walk)Jalan PP 25, Taman Pinggiran Putra, Seri KembanganRabu
6.Lestari PerdanaJalan LP 7/3, Lestari PerdanaKhamis
7.Taman Puncak JalilJalan PUJ3/13, Taman Puncak JalilJumaat
8.Serdang RayaJalan SR7, Serdang RayaSabtu

Sumber: Laman web rasmi MPSJ.

Dikemas kini pada

e-Tunai Rakyat: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Dalam Belanjawan 2020, Menteri Kewangan mengumumkan bahawa sejumlah wang diperuntukkan untuk menggalakkan penggunaan e-wallet dalam kalangan rakyat Malaysia. Inisiatif ini juga dikenali dengan nama e-Tunai Rakyat.

Sejumlah RM 450 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk program ini. Seramai 15 juta penduduk Malaysia disasarkan sebagai penerima insentif e-wallet ini. Pihak kerajaan menyasarkan penggunakan e-wallet yang lebih tinggi kerana transaksi seperti ini lebih selamat, cepat dan mudah dilaksanakan.

Dengan inisiatif e-Tunai rakyat ini, setiap rakyat Malaysia yang layak boleh memohon sebanyak RM 30.00 nilai untuk dikreditkan ke dalam akaun e-wallet mereka.

Untuk mengisi rasa ingin tahu anda, kami ingin berkongsi beberapa perkara yang anda perlu tahu berkenaan pelaksanaan program e-wallet ini.

Apakah Syarat Kelayakan e-Tunai Rakyat?

Kelayakannya adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan mempunyai Kad Pengenalan (MyKad)
  2. Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2020
  3. Mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM 100,000.00

Tempoh masa menuntut e-Tunai Rakyat

e-Tunai Rakyat sebanyak RM 30.00 ini boleh dituntut bermula daripada 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020.

Penyedia e-wallet e-Tunai Rakyat

Program e-Tunai Rakyat ini dilaksanakan dengan kerjasama tiga penyedia perkhidmatan e-wallet terkemuka di Malaysia, iaitu Touch ‘N Go eWallet, Boost dan GrabPay.

Pendaftaran dan Pengesahan Identiti Touch ‘N Go e-Wallet

Setelah anda mendaftar akaun Touch ‘N Go eWallet (rujuk pautan di atas), anda perlu mengesahkan identiti anda. Pengesahan identiti ini bertujuan untuk memastikan anda adalah entiti sebenar berdasarkan maklumat kad pengenalan yang dihantar kepada Touch ‘N Go.

Untuk pengesahan identiti, anda perlu mengambil gambar sendiri menggunakan aplikasi Touch ‘N Go eWallet. Selain daripada pengecaman wajah, anda juga perlu mengambil gambar bahagian hadapan dan belakang kad pengenalan anda. Rujuk sini untuk maklumat pengesahan identiti Touch ‘N Go eWallet.

Sumber: RinggitPlus

Dikemas kini pada