Apa Itu LastPass

LastPass ialah sebuah aplikasi pengurusan kata laluan (password management application) yang berfungsi untuk menyimpan kata-kata laluan anda dengan selamat. Dengan hanya menggunakan satu sahaja kata laluan master (master password), anda tidak lagi perlu mengingat senarai kata laluan yang banyak.

Selain dari itu, LastPass berupaya meningkatkan tahap keselamatan data anda kerana kata laluan anda kini disimpan di satu tempat yang lebih selamat dan terjamin.

Untuk mendaftar akaun LastPass, anda perlu mendaftar melalui laman web LastPass ataupun aplikasinya. LastPass terdapat dalam platform berikut:

Firefox: LastPass boleh didapati dalam bentuk add-on Firefox. Anda hanya perlu menggunakan pelayar web Firefox dan kemudiannya melayari laman web LastPass.

Google Chrome: LastPass boleh didapati dalam bentuk Google Chrome Extension di Chrome Web Store.

Android: LastPass boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store.

iOS: LastPass boleh didapati dalam bentuk aplikasi mudah alih (mobile application) di App Store.

Dikemas kini pada

Pembangunan Web: Carian Kata Kunci

Antara perkara penting yang perlu anda ambil kira semasa memajukan tapak web anda ialah kata kunci (keyword). Sekiranya kandungan anda memiliki kata kunci tertentu yang memang dicari oleh pengunjung web, anda akan dapat pelawat yang lebih ramai.

Senarai alatan (tools) percuma untuk anda membuat penyelidikan kata kunci (keyword research) tapak web anda:

  1. Google Trends
  2. Keyword Shitter
  3. AdWord & SEO Keyword Permutation Generator
  4. Answer the Public
  5. Google Correlate
  6. Keywords Everywhere
  7. Wordtracker Scout
  8. Google Search Console
  9. Google

Sumber: ahrefsblog

Dikemas kini pada

Tips Keselamatan Kata Laluan

Kata laluan atau “password” ialah satu set huruf, nombor, simbol atau kombinasi antara ketiga-tiga elemen berkenaan yang digunakan bagi tujuan mengakses bahagian yang selamat (secure) dalam komputer anda.

Kekunci "Delete" pada papan kekunci Logitech Keyboard MK550
Kekunci “Delete” pada papan kekunci Logitech Keyboard MK550

Contoh kata laluan yang biasa anda gunakan ialah kata laluan untuk log masuk Windows (Windows Log In), perisian email (seperti GMail dan Yahoo! Mail) dan akaun-akaun lain seperti Facebook, iCloud dan juga Dropbox.

Kata laluan penting untuk dijaga kerana sekiranya ada orang yang tidak diingini mendapat tahu kata laluan anda, orang tersebut akan terus mendapat akses terhadap data-data sulit anda seperti dokumen peribadi ataupun gambar-gambar anda. Lebih teruk lagi, sekiranya maklumat peribadi anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat rumah anda diambil dan dijual kepada pihak-pihak tertentu.

Untuk memastikan data anda lebih selamat dan tidak dapat diakses dengan mudah oleh pihak luar, kami ingin berkongsi tips-tips berikut untuk panduan anda:

Jangan gunakan perkataan biasa

Semua orang faham bahawa terdapat banyak kata laluan yang perlu diingat. Ada laman web yang memerlukan hanya kombinasi huruf dan nombor, anda juga yang memerlukan huruf, nombor dan simbol. Ada penggodam yang memiliki perisian untuk memasukkan kata laluan secara berulang kali menggunakan kaedah brute force.

Kata laluan yang terdiri daripada huruf semata-mata tidak memerlukan masa yang lama untuk “diteka” oleh perisian tersebut. Oleh itu, penting untuk anda “mencipta” perkataan sendiri yang mengandungi huruf kecil (lowercase), huruf besar (uppercase), nombor dan simbol (special characters).

Jangan Tulis Kata Laluan Anda

Walaupun kata laluan itu sukar untuk diingati, pastikan anda tidak menulis kata laluan anda di mana-mana tempat untuk memastikan akses anda kekal selamat. Sekiranya anda tidak dapat mengingat kata-kata laluan anda, anda boleh ikuti tips berikutnya untuk menggunakan bantuan perisian pengurusan kata laluan.

Guna Perisian atau Aplikasi Pengurusan Kata Laluan (Password Manager)

Mengingat banyak kata laluan bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan sistem aplikasi atau perisian pengurusan kata laluan untuk membolehkan anda memasukkan maklumat kata laluan yang anda gunakan. Contoh aplikasi yang wujud di pasaran ialah LastPass dan juga 1Password. LastPass menawarkan perkhidmatan pengurusan kata laluan secara percuma dan pilihan untuk akaun Premium (berbayar) juga ada ditawarkan.

Apa itu LastPass? Baca sini untuk maklumat lanjut.

Gunakan “Two-factor Authentication”

Apa itu two-factor authentication? Two-factor Authentication (2FA) ialah satu bentuk akses log masuk yang memerlukan dua jenis akses. Biasanya, 2FA memerlukan kata laluan (password) – sesuatu yang anda perlu ingat (something you need to remember) dan juga peranti akses (access device) – sesuatu yang anda ada (something you have). Kata laluan ialah sesuatu yang kekal sama selagi anda belum menukarnya. Peranti akses pula biasanya akan menjana kod pendek (shortcode) yang berubah-ubah mengikut masa atau setiap kali anda memohon kod pendek baru.

Dengan Two-factor Authentication, sekiranya anda hilang peranti akses, anda tidak boleh log masuk seperti biasa dan mungkin memerlukan “recovery code” bagi urusan log masuk. Oleh itu, kebiasaannya pengguna hanya menggunakan two-factor authentication bagi akses yang perlu tahap keselamatan yang tinggi.

Bantuan Khidmat Nasihat

Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat tambahan, sila hubungi kami.

Digital eXpert menawarkan perkhidmatan penyenggaraan komputer pada harga berpatutan untuk anda.

Dikemas kini pada

Masalah iPhone Connect Disconnect di Macbook

Soalan: Saya merupakan seorang pengguna Macbook. Semasa saya menggunakan kabel USB untuk menghubungkan telefon pintar iPhone saya dan juga Macbook (bagi tujuan mengecas ataupun menggunakan personal hotspot), telefon saya didapati membuat proses connect dan disconnect setiap beberapa saat. Hal ini menyebabkan sambungan personal hotspot gagal dan juga proses pengecasan terganggu.

Logo Apple

Jawapan: Besar kemungkinan ini merupakan masalah perisian (software) pada Macbook anda. Terdapat tiga penyelesaian yang boleh anda buat. Cara penyelesaiannya adalah seperti yang berikut:

Cara 1: Gunakan aplikasi Terminal

Aplikasi Terminal ialah aplikasi command line yang terdapat pada setiap Macbook. Ianya boleh diakses menerusi menu Applications -> Utilities -> Terminal. Anda hanya perlu membuka aplikasi tersebut dan memasukkan aksara seperti berikut:

sudo killall usbd

Apabila anda menekan kekunci “Enter”, anda mungkin perlu memasukkan kata laluan komputer anda. Masukkan kata laluan komputer anda dan tekan kekunci “Enter”.

Sekiranya perkara tersebut masih berlaku, sila masukkan aksara berikut:

sudo killall -STOP -c usbd

Masukkan aksara seperti di atas dan tekan kekunci “Enter”.

Sekiranya perkara tersebut masih berlaku, sila teruskan dengan langkah berikutnya:

Cara 2: Set Semula Tetapan Lokasi di iPhone Anda

Dari Home Screen iPhone anda, sila ke menu Settings > General > Reset > Reset Location & Privacy.

Sumber

iOS devices connecting and disconnecting rapidly – iFixit

Dikemas kini pada

iPad: Pengguna Atau Penghasil Media?

Sewaktu mula-mula diperkenalkan, beberapa ciri dalam iPad diketengahkan oleh pihak Apple. Antaranya ialah jangka hayat bateri yang lama dan juga sifat mudah alih yang dimilikinya.

Jangka hayat bateri yang lebih lama membolehkan iPad digunakan secara berterusan tanpa mengharapkan bekalan kuasa elektrik menerusi penyesuai kuasa (power adapter).

Apple iPad
Apple iPad

Selain itu, iPad juga bersifat lebih mudah alih berbanding komputer riba kerana skrinnya lebih kecil dan tidak mempunyai papan kekunci. Menggunakan iPad dapatlah diibaratkan seperti memegang sebuah skrin besar.

Tidak seperi komputer riba yang biasa, iPad tidak mempunyai port utk aksesori tambahan seperti USB ataupun slot kad memori seperti SD. Ketiadaan port ini menyebabkan tidak ramai orang mahu menggunakan iPad, baik sebagai pengguna ataupun penerbit media.

Walau bagaimanapun, iPad kian mendapat tempat yang lebih kukuh dalam kalangan penghasil media. Ini dapat dilihat menerusi pengenalan produk iPad Pro yang menyokong peranti pen (stylus) untuk proses melukis dan mewarna.

Pada tahun 2019, Apple mengumumkan bahawa iPad bakal memiliki sistem operasi (operating system, OS) sendiri, iaitu iPadOS. iPadOS akan berfungsi sebagai sistem operasi khusus yang dibangunkan untuk iPad.

Walaupun perkara ini bakal menjauhkan jurang antara pengguna iPhone dan iPad, iPadOS dijangka dapat membolehkan pengalaman pengguna iPad menjadi lebih menarik.

Dikemas kini pada

Cara Memasukkan Ringtone dalam iPhone Anda

Sebahagian pengguna iPhone pasti berasa bosan dengan nada dering (ringtone) anda yang sedia ada. Bagi pengguna Android, mengubah ringtone anda kepada nada yang anda inginkan bukanlah sesuatu yang sukar.

iPhone 6
iPhone 6

Walau bagaimanapun, kita dapat melihat bahawa kebanyakan pengguna iPhone memilih untuk menggunakan mana-mana ringtone sedia ada kerana mereka tidak tahu cara memasukkan ringtone sendiri dalam iPhone mereka.

Untuk itu, kami ingin berkongsi bersama anda tips mudah untuk anda memasukkan lagu anda sendiri dalam peranti iPhone anda. Untuk memulakan proses ini, anda memerlukan benda-benda berikut:

  1. Peranti iPhone
  2. Kabel USB untuk data transfer
  3. Komputer (Desktop dan laptop)
  4. Perisian iTunes (boleh dimuat turun secara percuma di laman web Apple)

Langkah 1: Pilih lagu kesukaan anda

Untuk langkah ini, anda boleh memasukkan lagu kesukaan anda dalam iTunes.

Langkah 2: Potong (trim) lagu anda

Kebiasaannya, lagu yang biasa kita dengar ialah sepanjang 3 ke 4 minit. Untuk itu, anda perlu memilih sebuah segmen dalam lagu anda dalam lingkungan 30 ke 40 saat. Biasanya, ringtone anda akan berbunyi sekitar 30 saat sahaja. Oleh itu, sila pilih 30 saat segmen kesukaan anda dalam lagu tersebut.

Contohnya, jika anda telah memilih segmen tersebut bermula daripada minit kedua lagu tersebut sehingga minit kedua 30 saat, segmen yang anda pilih ialah 1:00 hingga 1:30.

Right click pada fail lagu anda dan tekan menu Song Info. Kemudiannya pilih tab “options”. Di tab berkenaan, anda boleh memasukkan maklumat segmen kesukaan anda dengan mengubah nilai yang terdapat dalam Start dan Stop.

Langkah 3: Cipta fail AAC untuk ringtone anda.

Pilih fail lagu anda tadi. Kemudiannya, pilih menu File > Convert > Create AAC version. Dengan menekan menu Create AAC version ini, iTunes akan mencipta fail AAC baru lagu tersebut yang hanya mengandungi segmen yang dipilih anda. Right click pada fail baharu tersebut dan kemudiannya klik paste pada mana-mana folder yang anda inginkan.

Langkah 4: Ubah file extension kepada .m4r.

Jika anda pergi kepada folder yang mengandungi fail tersebut, anda akan mendapati bahawa failnya mempunyai extension .m4a. Extension berkenaan digunakan untuk fail MPEG 4 Audio. Apple ringtone pula turut menyokong format berkenaan namun ianya perlu ditukar kepada format ringtone dulu. Dalam peranti Apple, ringtone memerlukan extension .m4r untuk dikenal pasti.

Oleh itu, anda harus menekan right click pada fail tersebut untuk menukarnya kepada .m4r.

Langkah 5: Menyediakan iTunes untuk disalin fail ringtone

Selesai fail tersebut ditukar kepada format ringtone, anda perlu membuka iTunes untuk menyediakan peranti anda bagi menerima fail ringtone tersebut.

Langkah 6: Menyalin (copy) fail ringtone tersebut ke dalam iTunes

Fail ringtone .m4r tadi boleh disalin terus dari Windows Explorer masuk ke dalam iPhone anda menerusi iTunes. Anda hanya perlu “drag and drop” sahaja fail ringtone tersebut ke dalam bahagian (tones) dalam iTunes dan fail tersebut akan terus wujud dalam iPhone anda apabila selesai sahaja proses “sync” dibuat.

Dikemas kini pada