Perlis Flags

Perlis

Perlis ialah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara semenanjung Malaysia. Perlis ialah antara negeri yang paling kecil di Malaysia.

Perlis Flags
Perlis Flags

Negeri Perlis terkenal dengan mangga Harumanis, yang hanya ditanam di beberapa tempat dalam negeri tersebut. Selain daripada itu, para pelancong juga gemar menaiki feri ke Langkawi dari Perlis kerana jarak perjalanan laut yang lebih singkat jika dibandingkan dengan perjalanan feri dari jeti Kuala Kedah, Kedah.

Perjalanan ke Perlis

Jika anda menggunakan pengangkutan awam, banyak pilihan boleh didapati untuk memulakan perjalanan anda ke Perlis. Jika anda dari Kuala Lumpur, anda boleh ke Perlis menggunakan bas, kapal terbang ataupun keretapi. Maklumat lanjut dipaparkan seperti berikut:

  • Penerbangan: Pelepasan setiap hari ditawarkan oleh syarikat Malaysia Airlines (melalui terminal KLIA), AirAsia (melalui klia2), Firefly (melalui Subang Skypark) dan Malindo Air (melalui Subang Skypark). Semua penerbangan akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR), Alor Setar, Kedah. Tambang teksi / Grab dari lapangan terbang ke Perlis pula berharga lebih kurang RM 70.00.
  • Keretapi: Anda boleh menggunakan perkhidmatan KTM ETS untuk ke stesen-stesen keretapi di Perlis. Jika anda dari Pulau Pinang atau Kedah pula, anda boleh menggunakan perkhidmatan KTM ETS dan juga KTM Komuter. Klik sini untuk jadual KTM ETS dan juga KTM Komuter.
  • Bas Ekspres: Perjalanan bas ekspres juga ada pada kekerapan yang tinggi bagi perjalanan daripada Hentian Duta, Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Terminal Bas Ekspres Shah Alam dan Terminal Bas Kajang.

Pengangkutan di Perlis

Jaringan pengangkutan awam di Perlis agak terhad. Walau bagaimanapun, terdapat perkhidmatan myBAS yang menghubungkan pusat bandar Kangar dan pekan-pekan kecil di sekitar Perlis.

Kami mencadangkan anda agar menggunakan pengangkutan sendiri untuk bersiar-siar sekitar Perlis.

Terminal Bas di Perlis

Terminal Bas Ekspres Kangar

Terminal Bas Ekspres Kuala Perlis

Stesen Keretapi di Perlis

Stesen Keretapi Arau

Stesen Keretapi Bukit Ketri

Stesen Keretapi Padang Besar

Penginapan di Perlis

Homestay: Perlis has lots of places for homestay. For those who do not know what homestay is all about, it is a service that provides you with a fully-functional home while hotels would just provide you with rooms. Homestays are more suitable for guests in groups while hotel rooms are more suitable for a smaller group of people.

Hotel: Terdapat 2 hotel 4 bintang di Perlis, iaitu Putra Regency di Kangar dan juga Putra Brasmana di Kuala Perlis.

Perkhidmatan Teksi (Kereta Sewa) di Perlis

Name/companyAddressPhone No.
Abd Rashid b Abd RahmanPersatuan Tuan-Tuan Empunya, Kereta Sewa Arau, Arau, Perlis Indera Kayangan04-936 5303
Abu Bakar Temagun4, Kaunter Bas, Padang Besar, Perlis Indera Kayangan.04-949 0967
Fauzi Ahmad 26-B Jalan Besar, Kangar, Perlis Indera Kayangan 04-763 300
Mat Radzi Jib LLN 1703-BA, Jalan Besar, Kangar, Perlis Indera Kayangan. 04-985 4826
Padang Sepakat Sdn Bhd 7, Kaunter Teksi, Padang Besar, Perlis Indera Kayangan. 04-949 0204
Sykt Bekerjasama-sama Kenderaan & Pengangkutan Pulau Langkawi Jabatan Pembangunan Koperasi 1, Jalan Tepi Jeti, Kuala Perlis, Perlis Indera Kayangan. 04-985 5410
Sykt Maju Jaya Perhentian Teksi KBesar, Perlis Indera Kayangan. 04-985 5395
Sykt Pandu Utara 615, Kuanter Teksi, Kuala Perlis, Perlis Indera Kayangan. 04-985 5394, 949 0889
Teksi Luar Bandar Utara Sdn Bhd 1, Jalan Indera Kayangan, Kangar, Perlis Indera Kayangan. 04-976 5375

Dikemas kini pada