Ayam Goreng McD Ekstra Pedas (3x Lebih Pedas)

Seperti mana yang semua sedia maklum, rakyat Malaysia suka makan makanan pedas. Begitu jugalah dengan ayam goreng. Kebanyakan rangkaian restoran makanan segera di Malaysia seperti KFC, Texas Chicken dan McDonald’s turut menyediakan pilihan ayam goreng pedas, selain daripada ayam goreng biasa (regular) untuk para pelanggan mereka.

Walaupun tiada statistik rasmi diumumkan oleh mana-mana rangkaian restoran makanan segera di negara ini, namun kita dapat melihat bahawa sebahagian besar ayam yang dipesan oleh pelanggan merupakan ayam goreng pedas.

Pada bulan Julai 2019, McDonald’s Malaysia telah memperkenalkan Ayam Goreng Ekstra Pedas. Pada peringkat awal, menu ini dijual di sebilangan kecil restoran sebagai percubaan. Ayam Goreng McD Ekstra Pedas ini mula dijual di semua restoran McDonald’s bermula pada 24 Julai 2019.

Para pelanggan McDonald’s Bukit Bintang sedang beratur untuk memesan makanan masing-masing

Pada hari pertama pelancarannya, McDonald’s Malaysia mengiklankan Ayam Goreng McD Ekstra Pedas dalam aplikasi telefon pintar mereka. Kempen pemasaran ini ternyata menjadi apabila jumlah pelanggan meningkat dengan ketara pada hari tersebut, iaitu 24 Julai 2019. Keadaan di McDonald’s Bukit Bintang menjadi sesak dengan sebahagian besar pelanggan dilihat sedang menunggu pesanan makanan mereka siap.

Ayam Goreng McD Ekstra Pedas

Namun begitu, terdapat juga kesan yang kurang enak dilihat di kebanyakan restoran McDonald’s ekoran daripada jumlah pengunjung yang luar biasa ini. Sebagai contoh, pada waktu tengah hari, 26 Julai 2019, seorang staf (dipercayai bekerja sebagai pengurus) di McDonald’s MRR2 arah Kepong dilihat sedang mengherdik pekerjanya di hujung dapur berkenaan komitmen kerja tukang masak tersebut. Teguran kasar pengurus tersebut dapat didengari oleh semua pengunjung yang sedang memesan makanan di kaunter dan membuatkan mereka berasa tidak selesa.

Tinjauan di McDonald’s @ Curve NX Mutiara Damansara pada waktu malam, 26 Julai 2019 pula mendapati para pekerjanya kelihatan keletihan, mungkin kerana terpaksa melayan jumlah pelanggan yang tidak dijangka-jangka. Pelanggan yang datang ke kaunter untuk memesan makanan juga terus disuruh (disuruh, bukan dipelawa secara baik) untuk memesan makanan di mesin pesanan layan diri. Pekerja di kaunter tidak pula bertanya sekiranya pelanggan ingin menggunakan perkhidmatan yang tidak wujud di mesin pesanan layan diri, contohnya seperti menebus ganjaran di aplikasi telefon pintar McD.

Walaupun kami tidak menjangkakan layanan umpama hotel lima bintang di restoran makanan segera, namun begitu sebagai rangkaian restoran yang sudah lama bertapak dalam bidang makanan dan minuman ini, mereka sewajarnya memberikan latihan mutu perkhidmatan yang mencukupi untuk para pekerja supaya dapat mendepani jumlah pelanggan dengan baik.

Kemas kini 10 Ogos 2019

Pihak kami mendapati bahawa ada beberapa pengguna yang mengadu sakit perut selepas memakan Ayam Goreng McD ini sehingga mereka perlu bertemu doktor. Selepas para pelanggan meluahkan kekecewaan mereka dalam media sosial, kami mendapati ayam goreng ini sudah kurang pedas berbanding sewaktu kami mula-mula mencubanya dahulu.

Di kebanyakan restoran McDonald’s yang kami kunjungi, anda masih belum boleh memilih bahagian untuk Ayam Goreng McD ini.

Dikemas kini pada

iPad: Pengguna Atau Penghasil Media?

Sewaktu mula-mula diperkenalkan, beberapa ciri dalam iPad diketengahkan oleh pihak Apple. Antaranya ialah jangka hayat bateri yang lama dan juga sifat mudah alih yang dimilikinya.

Jangka hayat bateri yang lebih lama membolehkan iPad digunakan secara berterusan tanpa mengharapkan bekalan kuasa elektrik menerusi penyesuai kuasa (power adapter).

Apple iPad
Apple iPad

Selain itu, iPad juga bersifat lebih mudah alih berbanding komputer riba kerana skrinnya lebih kecil dan tidak mempunyai papan kekunci. Menggunakan iPad dapatlah diibaratkan seperti memegang sebuah skrin besar.

Tidak seperi komputer riba yang biasa, iPad tidak mempunyai port utk aksesori tambahan seperti USB ataupun slot kad memori seperti SD. Ketiadaan port ini menyebabkan tidak ramai orang mahu menggunakan iPad, baik sebagai pengguna ataupun penerbit media.

Walau bagaimanapun, iPad kian mendapat tempat yang lebih kukuh dalam kalangan penghasil media. Ini dapat dilihat menerusi pengenalan produk iPad Pro yang menyokong peranti pen (stylus) untuk proses melukis dan mewarna.

Pada tahun 2019, Apple mengumumkan bahawa iPad bakal memiliki sistem operasi (operating system, OS) sendiri, iaitu iPadOS. iPadOS akan berfungsi sebagai sistem operasi khusus yang dibangunkan untuk iPad.

Walaupun perkara ini bakal menjauhkan jurang antara pengguna iPhone dan iPad, iPadOS dijangka dapat membolehkan pengalaman pengguna iPad menjadi lebih menarik.

Dikemas kini pada

Diskaun Sehingga RM 40.00 di dahmakan

Apa itu dahmakan? dahmakan merupakan satu perkhidmatan penghantaran makanan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa bandar lain yang terpilih.

Pesto Chicken Roast
Bungkusan makanan dahmakan

Diskaun sehingga RM 40.00!

Untuk menikmati diskaun ini, anda hanya perlu klik pautan ini untuk mendaftar akaun dahmakan.

Untuk proses pendaftaran, anda hanya memerlukan alamat emel dan nombor telefon. Semasa proses pendaftaran, anda perlu memasukkan juga kata laluan (password) dan juga alamat penghantaran.

Langkah 1: Mendaftar

Anda boleh mendaftar melalui 1) Laman web dahmakan dan 2) Memuat turun aplikasi mudah alih (mobile app) dahmakan.

Pendaftaran adalah mudah dan saya mengesyorkan anda memasukkan terus maklumat alamat penghantaran dan juga kaedah bayaran semasa proses pendaftaran.

Langkah 2: Memesan Makanan

Untuk memesan makanan, anda perlu memilih tarikh dan masa penghantaran dahulu. dahmakan menyediakan menu yang berbeza mengikut hari dan masa. Oleh itu, anda perlu memilih tarikh dan masa dahulu sebelum membuat pilihan makanan yang wujud dalam menu.

Semasa pesanan juga, anda perlu memilih kaedah penghantaran anda. Kaedah-kaedah penghantaran adalah seperti berikut:

Meet the rider on my floor: Kaedah ini paling digemari pengguna. Namun begitu, masalah mungkin timbul sekiranya 1) anda tidak menjawab telefon semasa penghantar makanan membuat panggilan 2) Pihak keselamatan bangunan anda tidak membenarkan penghantar makanan tersebut naik ke atas

Leave the food at the receptionist: Opsyen ini paling digemari oleh dahmakan dan juga penghantar makanan kerana menerusi kaedah ini, mereka dapat menjimatkan masa dan dapat menghantar lebih makanan pada satu-satu masa.

Langkah 3: Menerima Makanan

Apabila masa penghantaran semakin hampir, anda akan mendapat pemberitahuan (notification) bahawa makanan anda sedang disediakan. Notificationnya berbunyi lebih kurang begini: “Chef Lim is preparing your food”. Kemudiannya, anda akan mendapat notifikasi lain daripada aplikasi dahmakan yang memaklumkan bahawa 1) penghantar makanan hampir tiba 2) penghantar makanan sudah tiba 3) makanan sudah dihantar.

Untuk notifikasi makanan sudah dihantar pula, ianya berguna bagi orang yang memilih opsyen “leave my food at the receptionist” kerana bukan semua receptionist akan mencari (menelefon atau menghantar mesej kepada) orang yang memesan makanan tersebut.

Haaa…bila dah terima tu, baru la boleh jawab bagitau orang, “saya dahmakan!

Klik sini untuk diskaun dahmakan!

Latar Belakang dahmakan

dahmakan dimulakan pada tahun 2015 oleh Jessica Li bersama dua lagi pengasas bersama. Berbanding dengan penyedia perkhidmatan penghantaran makanan lain seperti Grabfood dan Foodpanda, dahmakan berfungsi secara end-to-end, iaitu menyediakan makanan sendiri dan menghantarnya sendiri tanpa melibatkan pihak ketiga.

Sumber

Malaysia’s Dahmakan chows down $2.6M for its end-to-end food delivery service – TechCrunch

Dikemas kini pada

Cara Memasukkan Ringtone dalam iPhone Anda

Sebahagian pengguna iPhone pasti berasa bosan dengan nada dering (ringtone) anda yang sedia ada. Bagi pengguna Android, mengubah ringtone anda kepada nada yang anda inginkan bukanlah sesuatu yang sukar.

iPhone 6
iPhone 6

Walau bagaimanapun, kita dapat melihat bahawa kebanyakan pengguna iPhone memilih untuk menggunakan mana-mana ringtone sedia ada kerana mereka tidak tahu cara memasukkan ringtone sendiri dalam iPhone mereka.

Untuk itu, kami ingin berkongsi bersama anda tips mudah untuk anda memasukkan lagu anda sendiri dalam peranti iPhone anda. Untuk memulakan proses ini, anda memerlukan benda-benda berikut:

  1. Peranti iPhone
  2. Kabel USB untuk data transfer
  3. Komputer (Desktop dan laptop)
  4. Perisian iTunes (boleh dimuat turun secara percuma di laman web Apple)

Langkah 1: Pilih lagu kesukaan anda

Untuk langkah ini, anda boleh memasukkan lagu kesukaan anda dalam iTunes.

Langkah 2: Potong (trim) lagu anda

Kebiasaannya, lagu yang biasa kita dengar ialah sepanjang 3 ke 4 minit. Untuk itu, anda perlu memilih sebuah segmen dalam lagu anda dalam lingkungan 30 ke 40 saat. Biasanya, ringtone anda akan berbunyi sekitar 30 saat sahaja. Oleh itu, sila pilih 30 saat segmen kesukaan anda dalam lagu tersebut.

Contohnya, jika anda telah memilih segmen tersebut bermula daripada minit kedua lagu tersebut sehingga minit kedua 30 saat, segmen yang anda pilih ialah 1:00 hingga 1:30.

Right click pada fail lagu anda dan tekan menu Song Info. Kemudiannya pilih tab “options”. Di tab berkenaan, anda boleh memasukkan maklumat segmen kesukaan anda dengan mengubah nilai yang terdapat dalam Start dan Stop.

Langkah 3: Cipta fail AAC untuk ringtone anda.

Pilih fail lagu anda tadi. Kemudiannya, pilih menu File > Convert > Create AAC version. Dengan menekan menu Create AAC version ini, iTunes akan mencipta fail AAC baru lagu tersebut yang hanya mengandungi segmen yang dipilih anda. Right click pada fail baharu tersebut dan kemudiannya klik paste pada mana-mana folder yang anda inginkan.

Langkah 4: Ubah file extension kepada .m4r.

Jika anda pergi kepada folder yang mengandungi fail tersebut, anda akan mendapati bahawa failnya mempunyai extension .m4a. Extension berkenaan digunakan untuk fail MPEG 4 Audio. Apple ringtone pula turut menyokong format berkenaan namun ianya perlu ditukar kepada format ringtone dulu. Dalam peranti Apple, ringtone memerlukan extension .m4r untuk dikenal pasti.

Oleh itu, anda harus menekan right click pada fail tersebut untuk menukarnya kepada .m4r.

Langkah 5: Menyediakan iTunes untuk disalin fail ringtone

Selesai fail tersebut ditukar kepada format ringtone, anda perlu membuka iTunes untuk menyediakan peranti anda bagi menerima fail ringtone tersebut.

Langkah 6: Menyalin (copy) fail ringtone tersebut ke dalam iTunes

Fail ringtone .m4r tadi boleh disalin terus dari Windows Explorer masuk ke dalam iPhone anda menerusi iTunes. Anda hanya perlu “drag and drop” sahaja fail ringtone tersebut ke dalam bahagian (tones) dalam iTunes dan fail tersebut akan terus wujud dalam iPhone anda apabila selesai sahaja proses “sync” dibuat.

Dikemas kini pada

Masa terbaik minum kopi

Apakah waktu terbaik untuk meminum kopi?

Sekiranya anda seorang peminun kopi tegar, pastinya anda pernah tertanya-tanya waktu bilakah sesuai untuk anda meminum kopi.

Waktu terbaik untuk minum kopi ialah sekitar jam 9-10 pagi.

Sekiranya anda suka minum kopi pada waktu petang, anda boleh meminumnya beberapa jam sebelum tidur.

Waktu sesuai meminum kopi pada bulan Ramadan

Sekiranya anda berpuasa dan masih ingin menikmati kopi, anda boleh meminumnya sejurus selepas sahur. Pastikan anda makan sahur dahulu sebelum meminum kopi.

Dikemas kini pada

Beza Antara Deepavali dan Diwali

Perayaan Deepavali ialah sebuah perayaan kaum India yang beragama Hindu. Unsur cahaya diketengahkan dalam perayaan ini sebagai lambang cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan dan pelbagai lagi unsur positif yang menggantikan unsur negatif.

Perkataan Deepavali berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud barisan lampu-lampu. Perkataan Diwali pula lazimnya digunakan di India Utara. Walau bagaimanapun, di Malaysia, ejaan Deepavali digunakan dengan lebih meluas.

Kesimpulannya, tidak ada perbezaan antara perayaan Deepavali dan juga Diwali. Kedua-dua perkataan tersebut digunakan untuk sebuah perayaan yang sama.

Dikemas kini pada

[ MacOS High Sierra Update ] Kemas Kini Keselamatan 2018-001

Pada 24 April 2018, Apple telah melancarkan update (kemas kini) terbaru bagi sistem operasi MacOS High Sierra. Update ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan sistem operasi MacOS tersebut. Bahagian sistem operasi yang terlibat dalam kemas kini ini ialah Crash Reporter dan LinkPresentation.

Macbook Air 2011
Macbook Air 2011

Para pengguna MacOS High Sierra boleh memuat turun update ini secara percuma melalui bahagian Update di Apple Mac App Store.

MacOS High Sierra ialah sebuah sistem operasi yang dibangunkan oleh Apple untuk digunakan dalam komputer-komputernya. Contoh komputer yang menggunakan MacOS High Sierra ialah Macbook, Macbook Pro, iMac dan juga Mac Pro.

Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kemas kini terbaharu daripada Apple ini.

Dikemas kini pada

Reviu: Restoran PKS Maju, Serdang

Restoran PKS Maju ialah sebuah restoran mamak yang terletak di Serdang, Selangor.

Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan. Antara lauk-pauk yang menarik ialah kari kambing dan juga ayam varuval.

Untuk menu gorengan pula, restoran ini menyajikan Nasi Lemak Goreng. Nasi Lemak Goreng ialah menu unik di PKS Maju kerana menu ini tidak disajikan di kebanyakan restoran mamak yang lain. Perbezaan Nasi Lemak Goreng berbanding nasi lemak biasa ialah Nasi Lemak Goreng ialah adunan ramuan biasa nasi lemak (nasi lemak, sambal, ikan bilis, kacang) yang digoreng bersama berserta kicap, bawang dan juga telur.

Restoran PKS Maju - Nasi Lemak Goreng 2018-01-20
Restoran PKS Maju – Nasi Lemak Goreng 2018-01-20

Rasa Nasi Lemak Goreng ini pula seperti nasi goreng biasa, cuma nasinya terasa lebih berlemak dan bersambal.

Dikemas kini pada

Microsoft Office 2016 Untuk MacOS Versi 16.12.0 Sedia Dimuat Turun

Pada 11 April 2018, Microsoft telah melancarkan kemas kini terbaru bagi perisian Microsoft Office di platform MacOS. Kini, versi terbaharu bagi Microsoft Office di MacOS ialah Versi 16.12.0 (18041000).

Para pengguna Office 365 boleh memuat turun update ini secara percuma melalui menu Help -> Check for Updates di mana-mana perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint dan Outlook).

Aplikasi Microsoft Office yang terlibat ialah Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint, Microsoft Outlook dan Microsoft OneNote.

Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kemas kini terbaharu Microsoft Office ini.

Dikemas kini pada