Mid Valley Megamall

Mid Valley Megamall ialah sebuah pusat beli belah yang terletak di Mid Valley City, Kuala Lumpur. Pusat beli belah ini dibuka pada 20 November 1999 (fasa pertama). Fasa kedua pula dibuka pada 26 September 2007. The Gardens Mall yang terletak bersebelahannya merupakan sebahagian daripada pembangunan fasa kedua pusat beli belah ini.

Pusat beli belah ini dibangunkan dan dimiliki oleh IGB Group. Terdapat 4,500,000 kaki persegi ruang lantai dan 1,700,000 kaki persegi daripadanya dibuka untuk sewaan.

Dikemas kini pada