KFC Dinner Plate

KFC Malaysia

KFC memiliki sejarah yang panjang di Malaysia. Pada tahun 2019, laman web QSR Brands mencatatkan terdapat lebih 824 buah restoran KFC beroperasi di Malaysia.

Garis Masa KFC Malaysia

1 Januari 1973: Restoran KFC pertama di Malaysia telah dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

15 November 1986: KFC di Jalan Imbi, Kuala Lumpur beroperasi menggunakan pekerja kelainan upaya (OKU) percakapan dan pendengaran. Outlet ini kemudiannya dipindahkan ke Sentul Raya, Jalan Ipoh pada tahun 1992.

8 Mei 1998: Restoran KFC yang ke-250 dibuka di Menara Berkembar Petronas

15 Januari 2011: Outlet ke-500 dibuka di Subang

18 September 2018: Outlet ke-700 dibuka di Seremban

Menu KFC Malaysia

Selain daripada menu-menu biasa, terdapat beberapa menu yang unik di Malaysia:

Hot & Spicy Chicken: Ayam berperisa pedas ini pada asalnya diperkenalkan sebagai menu terhad, namun memandangkan terdapat sambutan yang hangat dalam kalangan pengguna, menu ini dikekalkan.

Cheesy Wedges: Berbeza dengan Potato Wedges yang biasa terdapat di KFC, Cheesy Wedges merupakan Potato Wedges biasa yang dihidangkan bersama dengan sos berperisa keju. Menu ini antara yang paling laris dijual di KFC.

Kebenaran Operasi

Operasi KFC di Malaysia dijalankan oleh sebuah syarikat yang dikenali dengan nama QSR Brands. Yum! Brands, pemilik jenama KFC, memberi hak eksklusif kepada QSR Brands untuk menjalankan perniagaan restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Cambodia. Selain daripada KFC, QSR Brands juga diberi hak eksklusif untuk mengoperasikan restoran Pizza Hut di Malaysia dan juga Singapura.

Kaedah Bayaran

Baru-baru ini, KFC telah memperkenalkan beberapa kaedah bayaran baru seperti Touch ‘N Go eWallet dan pembayaran kad kredit. Kaedah-kaedah pembayaran yang baru ini memudahkan urusan pengguna.

Dikemas kini pada