Cheesy Fried Chicken Bumbuk @ K Fry Urban Korean, IOI City Mall

Anda pernah makan Cheesy Fried Chicken Bumbuk? Bagi yang belum pernah, Chicken Bumbuk ini ialah ketulan-ketulan ayam tanpa tulang (boneless) yang digoreng dan disalut dengan sos pedas, kemudiannya dibalut dengan lapisan keju Mozzarella yang kenyal.

Cheesy Fried Chicken Bumbuk
Cheesy Fried Chicken Bumbuk

K Fry Urban Korean ialah rangkaian restoran makanan Korea yang berasal dari Malaysia. Menerusi laman “about us” mereka, K Fry menyatakan mereka ialah jenama “home grown”, tanpa menyatakan dengan jelas sejarah bermulanya perniagaan mereka.

Chicken Bumbuk ini boleh didapati di kesemua cawangan restoran K Fry. Walau bagaimanapun, kadang-kadang, ada juga restoran yang kehabisan stok bagi menu tersebut. Kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda beberapa gambar Cheesy Fried Chicken Bumbuk yang kami cuba tempoh hari di Restoran K Fry, IOI City Mall, Putrajaya.

Cheesy Fried Chicken Bumbuk (pandangan dekat)
Cheesy Fried Chicken Bumbuk (pandangan dekat)

Walaupun sesetengah pengunjung menyifatkan restoran K Fry ini sebagai pesaing kepada Kyochon, namun Cheesy Fried Chicken Bumbuk ini mempunyai rasanya yang tersendiri. Masyarakat umum sedia maklum bahawa orang Malaysia memang suka makanan berunsur keju. Lihat saja betapa ramainya orang memesan Cheezy Wedges di KFC. Pastinya Cheesy Fried Chicken Bumbuk ini berupaya membuatkan para penggemar keju di Malaysia ini tidak tidur malam memikirkannya.

Keistimewaan menu ini terletak pada cara hidangannya. Pelayan akan membawa dapur gas mini untuk diletakkan atas meja anda dan Cheesy Fried Chicken Bumbuk anda akan mula dimasak. Keju Mozzarella akan dipanaskan terlebih dahulu sehingga kenyal dan kemudiannya satu persatu ketulan ayam tersebut akan dibalut menggunakan keju Mozzarella tersebut. Untuk melihat dengan lebih lanjut penyediaan menu ini, anda boleh menonton vlog Qistina288 di laman Youtube:

Pada waktu puncak seperti hujung minggu, anda mungkin mendapati restoran K Fry Urban Korean ini dipenuhi oleh pelanggan yang sedang makan dan juga pelanggan yang sedang beratur menunggu giliran mereka. Jika anda tidak mahu beratur panjang, anda boleh menggunakan khidmat Book A Table terus dari laman web K Fry. Khidmat ini membolehkan anda menempah meja makan anda secara atas talian (online). Walau bagaimanapun, tempahan Cheesy Fried Chicken Bumbuk tertakluk kepada stok.

Sekiranya anda tinggal jauh dari Putrajaya, anda boleh melihat senarai pusat beli belah lain di laman ini.

Dikemas kini pada