Cara Memasukkan Ringtone dalam iPhone Anda

Sebahagian pengguna iPhone pasti berasa bosan dengan nada dering (ringtone) anda yang sedia ada. Bagi pengguna Android, mengubah ringtone anda kepada nada yang anda inginkan bukanlah sesuatu yang sukar.

iPhone 6
iPhone 6

Walau bagaimanapun, kita dapat melihat bahawa kebanyakan pengguna iPhone memilih untuk menggunakan mana-mana ringtone sedia ada kerana mereka tidak tahu cara memasukkan ringtone sendiri dalam iPhone mereka.

Untuk itu, kami ingin berkongsi bersama anda tips mudah untuk anda memasukkan lagu anda sendiri dalam peranti iPhone anda. Untuk memulakan proses ini, anda memerlukan benda-benda berikut:

  1. Peranti iPhone
  2. Kabel USB untuk data transfer
  3. Komputer (Desktop dan laptop)
  4. Perisian iTunes (boleh dimuat turun secara percuma di laman web Apple)

Langkah 1: Pilih lagu kesukaan anda

Untuk langkah ini, anda boleh memasukkan lagu kesukaan anda dalam iTunes.

Langkah 2: Potong (trim) lagu anda

Kebiasaannya, lagu yang biasa kita dengar ialah sepanjang 3 ke 4 minit. Untuk itu, anda perlu memilih sebuah segmen dalam lagu anda dalam lingkungan 30 ke 40 saat. Biasanya, ringtone anda akan berbunyi sekitar 30 saat sahaja. Oleh itu, sila pilih 30 saat segmen kesukaan anda dalam lagu tersebut.

Contohnya, jika anda telah memilih segmen tersebut bermula daripada minit kedua lagu tersebut sehingga minit kedua 30 saat, segmen yang anda pilih ialah 1:00 hingga 1:30.

Right click pada fail lagu anda dan tekan menu Song Info. Kemudiannya pilih tab “options”. Di tab berkenaan, anda boleh memasukkan maklumat segmen kesukaan anda dengan mengubah nilai yang terdapat dalam Start dan Stop.

Langkah 3: Cipta fail AAC untuk ringtone anda.

Pilih fail lagu anda tadi. Kemudiannya, pilih menu File > Convert > Create AAC version. Dengan menekan menu Create AAC version ini, iTunes akan mencipta fail AAC baru lagu tersebut yang hanya mengandungi segmen yang dipilih anda. Right click pada fail baharu tersebut dan kemudiannya klik paste pada mana-mana folder yang anda inginkan.

Langkah 4: Ubah file extension kepada .m4r.

Jika anda pergi kepada folder yang mengandungi fail tersebut, anda akan mendapati bahawa failnya mempunyai extension .m4a. Extension berkenaan digunakan untuk fail MPEG 4 Audio. Apple ringtone pula turut menyokong format berkenaan namun ianya perlu ditukar kepada format ringtone dulu. Dalam peranti Apple, ringtone memerlukan extension .m4r untuk dikenal pasti.

Oleh itu, anda harus menekan right click pada fail tersebut untuk menukarnya kepada .m4r.

Langkah 5: Menyediakan iTunes untuk disalin fail ringtone

Selesai fail tersebut ditukar kepada format ringtone, anda perlu membuka iTunes untuk menyediakan peranti anda bagi menerima fail ringtone tersebut.

Langkah 6: Menyalin (copy) fail ringtone tersebut ke dalam iTunes

Fail ringtone .m4r tadi boleh disalin terus dari Windows Explorer masuk ke dalam iPhone anda menerusi iTunes. Anda hanya perlu “drag and drop” sahaja fail ringtone tersebut ke dalam bahagian (tones) dalam iTunes dan fail tersebut akan terus wujud dalam iPhone anda apabila selesai sahaja proses “sync” dibuat.

Dikemas kini pada