Lapangan Terbang Pertama di Malaysia

Walaupun Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Kuala Lumpur International Airport – KLIA) kini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia, namun lapangan terbang pertama di negara ini bukanlah terletak di Kuala Lumpur.

Lapangan terbang yang pertama di Malaysia ialah sebuah airstrip yang terletak di bandar Taiping. Airstrip berkenaan dibina pada tahun 1929. Pada ketika itu, bandar Taiping merupakan bandar utama di Tanah Melayu. Airstrip ini dibina oleh pihak pentadbiran British pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, pembinaan beberapa lapangan terbang lain di sekitar semenanjung Malaysia telah membuatkan airstrip ini menjadi kurang penting. Pada masa ini, walaupun airstrip di Taiping ini masin wujud, namun tiada penerbangan awam berjadual yang berlepas atau tiba di lapangan terbang ini.

Selain daripada airstrip di Taiping tersebut, sebuah airstrip juga turut dibina di bandar Alor Setar pada tahun yang sama. Walau bagaimanapun, lapangan terbang di Taiping tetap dianggap sebagai lapangan terbang yang pertama di Malaysia.

Dikemas kini pada

Beza Antara Deepavali dan Diwali

Perayaan Deepavali ialah sebuah perayaan kaum India yang beragama Hindu. Unsur cahaya diketengahkan dalam perayaan ini sebagai lambang cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan dan pelbagai lagi unsur positif yang menggantikan unsur negatif.

Perkataan Deepavali berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud barisan lampu-lampu. Perkataan Diwali pula lazimnya digunakan di India Utara. Walau bagaimanapun, di Malaysia, ejaan Deepavali digunakan dengan lebih meluas.

Kesimpulannya, tidak ada perbezaan antara perayaan Deepavali dan juga Diwali. Kedua-dua perkataan tersebut digunakan untuk sebuah perayaan yang sama.

Dikemas kini pada