iOS 11.3 Public Beta 4 Sedia Dimuat Turun

Hari ini Apple telah melancarkan muat turun public beta terbaru bagi iOS 11.3, iaitu iOS 11.3 Public Beta 4.

Antara penambah baikan yang dijanjikan oleh Apple dalam iOS 11.3 ialah maklumat berkenaan bateri yang lebih lengkap.

Sejak beberapa bulan lepas, para pengguna peranti Apple marah apabila ada yang mendapati Apple bertindak untuk memperlahankan kelajuan peranti mereka atas alasan jangka hayat bateri yang lemah. Untuk kengatasi masalah tersebut, Apple membuat keputusan untuk lebih bersikap terbuka dalam berkongsi maklumat berkenaan status bateri peranti penggunanya.

Dikemas kini pada

iOS 11.3 Beta Sedia Dimuat Turun

Berita baik untuk para pengguna peranti Apple sekalian. Kini, iOS 11.3 Public Beta (terbitan beta umum) terbitan pertama sudah sedia untuk dimuat turun.

Walau bagaimanapun, anda perlu menyertai program public beta ini bagi membolehkan peranti anda dimuatkan dengan perisian public beta daripada Apple.

Berbeza dengan perisian iOS biasa, iOS public beta mengandungi ciri-ciri terbaru yang dibangunkan oleh Apple namun belum bersedia untuk digunakan secara meluas oleh masyarakat umum.

Penggunaan perisian public beta adalah atas risiko anda sendiri dan Apple tidak akan bertanggungjawab sekiranya peranti anda rosak atau gagal berfungsi sebahagian atau sepenuhnya.

Dikemas kini pada