Reviu: Restoran PKS Maju, Serdang

Restoran PKS Maju ialah sebuah restoran mamak yang terletak di Serdang, Selangor.

Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan. Antara lauk-pauk yang menarik ialah kari kambing dan juga ayam varuval.

Untuk menu gorengan pula, restoran ini menyajikan Nasi Lemak Goreng. Nasi Lemak Goreng ialah menu unik di PKS Maju kerana menu ini tidak disajikan di kebanyakan restoran mamak yang lain. Perbezaan Nasi Lemak Goreng berbanding nasi lemak biasa ialah Nasi Lemak Goreng ialah adunan ramuan biasa nasi lemak (nasi lemak, sambal, ikan bilis, kacang) yang digoreng bersama berserta kicap, bawang dan juga telur.

Restoran PKS Maju - Nasi Lemak Goreng 2018-01-20
Restoran PKS Maju – Nasi Lemak Goreng 2018-01-20

Rasa Nasi Lemak Goreng ini pula seperti nasi goreng biasa, cuma nasinya terasa lebih berlemak dan bersambal.

Dikemas kini pada

Laman Web MPSepang Berwajah Baharu

Hasil tinjauan kami sebentar tadi di laman web Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), kami teruja kerana laman web tersebut kelihatan baru dan segar, sesuai dengan keadaan masyarakat yang kini semakin bijak dalam mendapatkan maklumat daripada internet. Sehubungan dengan itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) wajar mengemas kini laman web mereka sejajar dengan kehendak rakyat.

Namun begitu, hasil ujian kami menggunakan telefon pintar, kami mendapati laman web berkenaan tidak mesra peranti mudah alih (mobile devices). Oleh itu, kami ingin mencadangkan kepada pihak MPSepang untuk menambah baik laman web mereka supaya sesuai untuk dilawati oleh pengguna peranti mudah alih.

Bagi yang ingin melihat laman web baharu MPSepang, sila lawati laman web berkenaan sekarang di alamat http://www.mpsepang.gov.my/.

Dikemas kini pada